Sunday, December 4, 2011

b.U.sY sungguh...

AKIBAT kesibukan kerja dunia dan akhirat yang terlampau sibuknya untuk semester saya untuk kali ini mengakibatkan saya tak mampu lagi untuk mengupdate sebarang perkongsian atau isi2 yag menarik.

Mungkin saya terpaksa melupakan blog ini untuk seketika waktu... xde la nak berhenti terus. Tapi biler dah free balik nanti insyaallah akan continue balik.. huhu

Apapun,saya nak berkongsi satu link blog yang agak qawiy juga isi2 nya... =)

http://dakwat.org/

A la prochaine insyaallah..




Thursday, September 15, 2011

Hari Malaysia


Alhamdulillah
Genap sudah 41 tahun negara Malaysia ditubuhkan





Bukan mudah pabila
Melayu 
Cina
India
Sikh
Iban
Melanau
Kadazan
Bidayuh
Serani
Minangkabau
Jawa
(warga asing... hehe)
orang asli
etc





Duduk di bawah satu pentadbiran yang sama
Di bawah satu sistem yang sama

Namun
Malaysia mampu membuktikan sedikit sebanyak yang
Kita masih mampu lagi bersatu(walaupon x semua)


That's what we call



UNITY in DIVERSITY

sesungguhnya Allah telah berfirman dalam surah Hujuurat ayat 13

 “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari lalki-laki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling baik kualitas taqwamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Menguasai.” 



Marilah kita saling berkenal-kenal di antara satu sama lain
tanpa menghiraukan perbezaan agama,bangsa,budaya,politik







SELAMAT HARI MALAYSIA

6/6


Alhamdulillah,
Berjaya melaksana puasa 6 dengan jayanya untuk syawal tahun ini
6/6


Anda sudah?


Jika belum,bila lagi?


=)

Wednesday, September 7, 2011

momentum

Sudah lumrah alam mungkin
Setiap permulaan itu pasti berat dan sukar

Dah 3 hari start kelas
Tapi belum sampai lagi momentum nk belajar tu
Ditambah lagi dengan kerenah birokrasi untuk survive hidup kat France ni yg x setel2 lagi
seperti
renew titre de sejour
daftar scolarite
CAF
assurance bank
EDF(yg x reti2 nk resilier event dh call)
SFR
kemas bilik

Memang busy


Tetapi di sebalik kesibukan ini
Tarbiyah mesti diteruskan
Kerana terbiyah ini harus berterusan
Bukan hanya mengikut suasana pesekitaran sahaja
Ditiup ke kanan.kite ke kanan
Ditiup ke kiri,kite ke kiri

kalau x kene tiup??
(x kan nak duduk diam lak)


Kuncinya?





"Istiqamah"

"Ikhlas"





Monday, September 5, 2011

The Beginning


Alhamdulillah

Masih diberi kudrat untuk menaip

Ini entry pertama aku kat France.
(untuk versi baru)

Alhamdulillah selamat sampai. Walaupun banyak dugaan menimpa.

Kad bank kene telan kat airport Nice
(mamai sbb terguna no pin akaun malaysia)

Sejam tggu bas nak ke gare Nice for the train to Toulon

Pemegang luggage patah mase nk turun train
(luggage berat sgt: 30.7kg)

Tapi Alhamdulillah
Allah Maha Pengasih lagi maha Penyayang

Kehadiran saya di Gare Toulon disambut junior2 yg baik hati
(Hisyam,akmal)
Diorg siap tolong angkat beg yg berat tu lagi
Dan menyediakan tempat berteduh untuk satu malam
(sementara nk tggu rendez-vous dgn tuan rumah baru)



Finally,dpt juga masuk rumah baru.
Alhamdulillah
Rumah agak besar,selesa
Tuan rumah ok,sporting
Tpi rumah agak panas
Takde kipas
(tambahan lgi skrg tgh summer)



Tapi Allah Maha Adil
Bila buka je tingkap
Berderu-deru angin sepoi2 bahasa
=)


Hari ni first day kelas start kat universiti.
Dapat result SEM 2
Alhamdulillah
Meningkat
Mungkin tidak segah yg lain
Namun,peningkatan ini bukan lah sesuatu yg dijangka.
Allah Maha Penolong

Rezeki besar hari ni dapat berbuka puasa 6 bersama rakan2 serumah
Ayam masak sambal
Sup sawi
Rendang daging
(Farid bagi... Jazakumullah khair Farid)

Namun,kali pertama tak dapat masuk surau untuksolat jemaah kat surau
Pak cik surau x buka pintu
Ketuk2 byk kali tapi takde orang buka
Rupanya diorg sedang bersolat
Lambat sangat aku ni
Salah aku jugak makan lambat sangat
Kan dah kene kunci
=(

Moral: Jom pergi surau awal2 (lagi2 rumah dah semakin jauh dari surau)



Oh ye,
Final episode utk cerita Laksamana Cheng Ho ditangguh untuk sementara waktu
di atas sebab yang x dapat dielakkan.


Salam Aidilfitri untuk semua
Taqaballahu minna wa minkum
Semoga Allah menerima segala amalan kita di Bulan Ramadhan yg lepas



Tuesday, August 23, 2011

Laksama Cheng Ho (Part 2)

Bismillah,
Assalamualaikum.

Sebelum bersambung ke bahagian kedua,buat sesiapa yg x baca lagi part 1 leh baca dulu kat sini supaya lebih faham.




Setelah hampir ditewaskan oleh tentera2 mongol dan diselamatkan oleh puluhan pasukan bantuan dari istana,timbul seribu satu persoalan di benak Zhu Di. Masakan tidak,beliau meminta 1000 orang pengawal bantuan dihantar dari istana,namun yg datang hanya seramai puluhan sahaja. Zhu Di mula merasakan sesuatu yang kurang enak. Setelah memaksa pengawal2 istana memberitahu perkara sebenar, terbongkarlah satu konspirasi dalaman di istana untuk menjatuhkan beliau. Disebabkan itulah beliau dan Ma Ho ditugaskan untuk menjaga kawasan perbatasan utara berbulan-bulan lamanya dengan tujuan untuk menjaga keamanan wilayah. Namun,niat sebenar dalang di sebalik konspirasi ini hanyalah untuk memisahkan Zhu Di dari hal ehwal pengurusan istana di samping mendedahkan Zhu Di dengan bahaya kematian pabila bertugas di perbatasan supaya peluang untuk menguasai takhta tertinggi Dinasti Ming ketika itu,iaitu Takhta Naga tercapai.





Lalu,Ma Ho mengajak Zhu Di berbincang untuk mengatur strategi supaya dapat memusnahkan konspirasi dalaman istana yg sedang berlaku. Untuk mengalahkan pihak istana,mereka perlu mempunyai kekuatan yg sama seperti tentera Maharaja. Selain itu,mereka juga meyebarkan propaganda untuk meraih sokongan rakyat untuk membantu perjuangan mereka. Tambahan lagi,rakyat pada ketika itu sudah mula hilang kepercayaan terhadap kuasa pemerintah yang diterajui oleh Maharaja Jianwen. Ma Ho juga melantik beberapa org dalaman istana yg terdiri drpd gundik2 dan dayang2 untuk membekalkan maklumat2 istana.






Setelah beberapa tahun melakukan persediaan yang mencukupi,ditambah lagi dengan kekejaman pihak pemerintah yg mula menangkap dan membunuh orang2 yang menentang mereka serta rasuah yg berleluasa, pasukan pimpinan Ma Ho dan Zhu Di mara ke istana Maharaja Jianwen yg terletak di Nanjing,iaitu pusat pemerintahan ketika itu. Pasukan ini turut disertai oleh rakyat2 yang terdiri daripada petani dan peladang. Maka tercetuslah perang saudara antara puak kerajaan yang zalim menentang rakyat yg mahukan keadilan.
Ditakdirkan pasukan pimpinan Ma Ho dan Zhu Di memenangi peperangan ini. Istana Nianjing hancur dan hangus terbakar hampir keseluruhannya. Walaubagaimanapun,Maharaja Jianwen sempat melarikan diri melalui terowong rahsia dan gagal dikesani. Tumbang akhirnya pemerintahan Jianwen yang sangat menyeksa rakyat.





Seterusnya pemerintahan Dinasti Ming ini bersambung dan ditukarkan pusat pemerintahannya ke Beijing. Akhirnya tercapai hasrat Zhu Di menguasai Takhta Naga. Selepas itu,beliau lebih dikenali sebagai Maharaja Yongle. Namun, Yongle sudah tidak sehaluan lagi dengan Ma Ho setelah beliau menjadi Maharaja disebabkan beberapa perselisihan pendapat. Antaranya, Ma Ho tak bersetuju dengan Maharaja Yongle yang mahu membunuh kesemua pegawai kerajaan yg menyokong Maharaja Jianwen  kerana khuatir dendam penyokong Jianwen yang terdahulu akan memberontak untuk menjatuhkan beliau. Selain itu,permaisuri maharaja tidak senang dengan nama yg digunakan Ma Ho. Menurutnya, nama "Ma" itu sama dengan nama keluarga permaisuri itu yg turut mengguna nama "Ma".

"Dan akhirnya Ma Ho mengalah dan menukar namanya menjadi CHENG HO. "


                   


Maharaja Yongle masih tak dapat memerima kenyataan bhawa Cheng Ho yg pernah mnjadi sahabat karibnya dahulu kini sudah tidak sehaluan dengannya. Kalau diikutkan hatinya,mahu sahaja dia bunuh CHeng Ho tetapi die sedar hakikat yg Cheng Ho pernah menyelamatkan nyawa beliau ketika bertugas di perbatasan menentang perompak2 dahulu. Die terhutang budi. Pada masa yang sama,die tidak mahu terus melihat Cheng Ho bertugas di dalam istana. Di atas saranan penasihat beliau iaitu Sahabat Kanan, beliau dinasihatkan untuk menghantar Cheng Ho ke luar negara. Maharaja Yongle itu seronok dengan idea Sahabat Kanan lalu beliau mencadangkan untuk melantik Cheng Ho menjadi laksamana armada laut untuk belayar ke luar negara dan menjalankan misi diplomatik ke negara lain. Idea ini memberi kebaikan kepada Maharaja Yongle yang tak mahukan lagi Cheng Ho bekerja di bahagian istana dan ianya juga sebagai tanda penghargaan Yongle untuk membalas segala jasa Cheng Ho yg pernah dicurahkan kepada beliau.










Di episod yang akan datang,kita akan melihat secara detail kepimpinan Cheng Ho dalam melaksanakan tanggungjawab beliau menjadi laksama armada laut China yang akan membawa nama China ke serata dunia.

Monday, August 22, 2011

Laksamana Cheng Ho (part 1)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sedang saya membusykan diri dengan membaca sebuah novel karya Imran Yusuff bertajuk "Laksamana Cheng Ho,pemimpin armada lautan barat" terhenti seketika di halaman ke 40. Bukan kerana mengantuk atau bosan,tetapi kerana terpegun kerna memikirkan kehidupan masa kecil si Cheng Ho ini,lantas saya membujurkan membulatkan tekad untuk berkongsi dgn anda semua sebuah kisah yg sarat dg pengajaran2 bergune untuk kita semua. Lagi2 beliau merupakan seorang tokoh dan phlawan Muslim berbangsa Cina yang jarang kita dengar berbanding dengan tokoh2 Islam lain yang kebanyakannya berbangsa Arab dan Melayu.




Ayuh kita susuri kisah beliau. Jom kita mengembara ke 600 tahun yang lalu. Ready! Go!



Ma Ho (atau name glemer Cheng Ho) dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan iaitu Kampung Hedai yg terletak di daerah Kunming di wilayah Yunnan,China. Kunming merupakan salah sebuah daerah membangun yang menjadi salah satu bandar penempatan penduduk yang menyokong tentera Mongol. Majoriti penduduk di sini merupakan petani kerana iklim sederhana tropikanya dan tanah yang subur untuk dijadikan ladang bagi membekalkan makanan bagi penduduk di utara.





Di sinilah Ma Ho dibesarkan oleh kedua ibu bapa beliau,Haji Ma dan Puan Cheng. Beliau dibesarkan dalam bi'ah Islamiyyah yang kuat. Bapa dan datuk nya pernah menunaikan haji. Ma Ho selalu chatting berbual dengan ayahnya tentang pengalaman menunaikan haji sehinggakan beliau bertekad untuk mengikuti jejak langkah ayahnya satu hari nanti. Mereka sekeluarga hidup aman damai sehinggalah pada suatu hari....


                                                      Karikatur Zhu Yuanzhang

Pada masa itu, Zhu Yuanzhang (Maharaja Hongwu) yang merupakan seorang ketua pemerintah Dinasti Ming yang berhasrat untuk menghapuskan kekuasaan wilayah Yunnan kerna pada ketika itu, Yunnan merupakan satu-satunya wilayah yang masih lagi belum dikuasai oleh maharaja tersebut. Tambahan lagi,Yunnan masih lagi menyokong dinasti Yuan yang di bawah pengaruh mongol. Zhu Yuanzhang sangat berharap untuk membebaskan semua wilayah di China dari pengaruh Mongol supaya dapat menguasai keseluruhan China.


Ditakdirkan peperangan pun berlaku antara tentera Maharaja Hongwu dan tentera Yunnan. Tentera Hongwu dipimpin oleh Jeneral Ma Hua dan Jeneral Fu Youde bersama-sama 300 000 bala tentera sedangkan tentera Yunnan hanya seramai 100 000 orang yang dipimpin Putera Lian. Akhirnya kemenangan berpihak pada pasukan Maharaja Hongwu walau pada awalnye tentera Yunnan memberi tentangan yg sengit dan hampir menang. Maka tumbang lah  benteng kebal Yunnan.




Dengan mudah,tentera pimpinan Ma Hua dan Fu Youde ini bergerak menuju ke perkampungan2 kecil dalam wilayah Yunnan termasuk Kampung Hedai di mana ayah Ma Ho dan semua pemimpin2 besar kampung tersebut telah ditawan. Mereka semua telah dipancung kepala masing2. Lebih teruk lagi,ayah kesayangan Ma Ho, Haji Ma telah dipancung kepalanya di hadapan Ma Ho sendiri. Bayangkan bgaimana perasaan kita kalau bapa2 kite kene camtu??? =(   Walaubagaimanapun,Ma Ho seorang yang kental. beliau tidak menitiskan setitik air mata pun. Berbekalkan iman dan akidah yang mantap,beliau tenang menghadapi kematian ayahnya kerna beliau yakin ayahnya tidak mati sia-sia.


Selepas itu,kesemua kanak2 dan golongan remaja yang ditawan itu dibawa ke tempat lain dan mereka semua dimasukkan ke dalam sebuah khemah besar. Di sana, kesemua mereka telah dipotong "***" nye supaya mereka tidak dapat lagi menyambung zuriat mereka di masa akan datang. Sakitnye bukan kepalang!! Darah merah membasahi lantai tanah. Tangisan dan raungan kesakitan bergema di serata khemah. Namun, Ma Ho menghadapinya dengan tenang. Terkumat-kamit lidahnya menyebut beberapa kalimah suci. Ma Ho sendiri yang cuba memujuk remaja2 itu dgn menggunakan kelebihan beliau yang pandai bercakap supaya mereka lebih bersabar dan beliau turut mengajak mereka berdoa bersama-sama kepada Allah.


                                             Istana Zhu Yuanzhang(Maharaja Hongwu)


Pada suatu hari,Maharaja Hongwu meminta kepada ketua pengawal agar dicari seorang remaja untuk menjadi pembantu kepada puteranya iaitu Putera Zhu Di. Calon pembantu itu haruslah sebaya dengan puteranya dan sesuai dgn kepintaran Zhu Di. Akhirnya Ma Ho telah dipilih untuk menjadi pembantu Zhu Di di atas sebab kerna Ma Ho seorang yang pintar,gagah perkasa, bijak bertutur kata,berbahasa sopan dan jujur. Di samping itu,Putera Zhu Di merupakan seorang yang terkenal dengan sikap yang bengis dan suka memberontak. Namun, jiwanya kelihatan serasi apabila digandingkan dengan sahabat barunya,Ma Ho. Malah,Zhu Di membenarkan Ma Ho memanggilnya dengan gelaran saudara dan Ma Ho bebas untuk mengamalkan ajaran Islam yang dianutinya. Mereka telah menjadi sepasang sahabat yang akrab walaupun berbeza darjat dan agama.


Maharaja Hongwu mahukan keturunannya membesar sebagai pahlawan yang gagah dan berani. Jadi,beliau telah mengarahkan Putera Zhu Di keluar meronda di luar istana sambil menyelesaikan permasalahan perompak dan penyamun yang sering menyerang dan mengganggu para pedagang. Ianya sebagai langkah untuk melatih Zhu Di bersedia menghadapi realiti kehidupan pabila sudah dewasa nanti.Sebagai pembantu setia,Ma Ho juga turut bersama-sama beliau di samping beberapa pengiring yang lain.


Ujian pertama mereka tiba. Kelihatan sekumpulan perompak sedang menahan sebuah rombongan dagang. Jumlah perompak tersebut yang lebih ramai(berpulu-puluh)dan bersenjatakan pedang dan tombak itu tidak menakutkan Zhu Di dan Ma Ho yang masih muda itu. Sementara itu,Zhu Di memerintahkan salah seorang pengawal untuk kembali ke istana membawa pasukan tambahan. Kemudian,beliau memerintahkan Ma Ho dan 9 pengawal pengiring yang lain bersedia untuk menyerang bersama busur panah dan pedang mereka di atas kuda2 mereka. Kehadiran mereka disedari oleh perompak2 itu lantas tercetusnya pertarungan kecil di antara dua pihak.


Akhirnya,hanya tinggal Zhu Di,Ma Ho dan seorang pengawal yg masih belum dibunuh oleh perompak2 itu.
Mereka bertiga telah dikepung. Pada bila2 masa sahaja mereka boleh tumpas. Lalu,beberapa panah disasarkan ke arah Zhu Di namun Ma Ho mengorbankan jasadnya  sebagai perisai untuk mempertahankan putera raja itu. Anak panah tertacap di tangan dan bahu beliau. Dalam keadaan yang genting itu,kedengaran pekikan beratus orang pengawal bantuan dari istana yang sedang menuju ke arah mereka. Perompak2 itu lari ketakutan.


Episod pertempuran mereka tidak terhenti di situ. Semasa mereka ditugaskan menjaga perbatasan utara dari anasir2 jahat yang mahu menembusi ke wilayah Ming, mereka juga telah berdepan dgn ujian getir menentang orang Mongol yang mempunyai sejarah kepahlawanan yang dahsyat. Mereka hampir sahaja dikalahkan jika tidak kerana bantuan tentera tambahan yang dihantar dari istana. Walaupun mereka terselamat kali ini dari serangan orang Mongol itu, seribu persoalan timbul di benak fikiran Zhu Di.


Apakah yang dirunsingkan oleh Zhu Di?



Semasa menentang orang Mongol itu,beliau telah mengarahkan seribu askar tambahan dihantar,namun hanya berpuluh sahaja yang datang. 

Mengapakah hal ini boleh berlaku?






Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila sambung pembacaan di bahagian kedua yang akan di publish dlm beberapa waktu lagi. Di edisi akan datang kita akan merungkai bagaimana terciptanya nama Cheng Ho di sebalik nama asal beliau, Ma Ho dan juga melihat kepimpinan Cheng Ho dalam menguruskan pelayaran sulungnya secara besar-besaran ke Barat.





Wednesday, August 17, 2011

Sharing: Study



Assalamualaikum.

Terdetik untuk share satu artikel menarik yg di copy paste  diambil dan diedit sedikit dari sebuah website.
Moga artikel ni dapat meningkatkan lagi prestasi kita lantas
Tsabat di jalan yang satu.


Aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini.
Teramat sukar.
Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu.

Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjaradengan apa yang kau sedang perjuangkan kini.
Dan  kau berasa gelisah dan resah,
dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri…..
‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’
Lantas di kala kau memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan tawakal dan rahmat Allah, beserta secebis usahamu itu, hatimu mula bergetar, dan dahimu mula beraliran peluh yang lebat.

Di saat satu soalan demi satu soalan dihadapkan.
Setiap kali itu kertas soalan cepat sahaja di selak..
ada tak soalan mudah – ada tak soalan mudah?

arrhhhhhhh!! nape apa yang study semua tak keluar ini?????

Dan hati kecilmu mula menangis.
deras sekali
Dan jiwamu mula bergetar..
bergoncang sekali.
Ya Allah! Mampukah aku lulus dalam exam ini?

Mampukah aku untuk grad tahun?

Mampukah ya Allah??

Dan hatimu mula berombak, namun kau gagahkan dirimu untuk menjawap dan terus menjawap.
Namun dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, meraih sebuah kejayaan.
Lantas kau merasai dunia ini kelam buat dirimu.
Lantas kau merasai harapan sudah semakin suram
Dan akhirnya air mata menjadi peneman. Deras menderu. Membasuh kekecewaan hatimu.
Doa-doa syahdu yang dihadapkan pada Allah penuh penyesalan.
Namun, kau tak dapat menipu dirimu sendiri, dan terus bertanya dan bertanya:
‘ Mengapa jadi begini padaku?’
‘ Ya Allah, mampukah aku lulus ini?’
Dan gambaran kegagalan sangat menakutkan dirimu.
Teramat takut.
Dan kau tak mampu membayangkan majlis graduasi tanpa adanya kamu di atas pentas itu. .
Dan kau teramat takut ditimpa bala yang teramat berat. Malu yang bertimpa-timpa. Rasa hina lagi rendah.
Dan teramat takut akan sebuah hakikat ini:
KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN
Dan hatimu mula rapuh akan janji Allah padamu.
Kamu sudah mula ragu-ragu akan takdir dan ketetapan Allah buat kamu.
Dan kamu berkira-kira selama ini, usaha kamulah yang memberikan kejayaan buat kamu.
Dan kerana itu, kamu berasa cuak dan teramat takut kegagalan itu akan menghantui diri kamu.
Sehingga kamu sendiri menyalahi apa yang dahulu kamu sorakkan pada semua adik-adikmu:
USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)
Dan sungguh, satu masa dahulu, kita benar-benar yakin akan ayat Allah ini.
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Inilah dia kata-kata kalamullah. Dan sungguh ini adalah kata-kata yang amat benar.

Exam, benar-benar menjadikan kita demam :(
Namun, di saat ujian ini menimpa diri kita, kita mula goyah dan lari dari kenyataan ini, dan kembali kepada keadaan asal ,seolah-olah kamu tak pernah mendengar ayat ini.
Bukankah Allah akan uji kamu, sampai kamu benar-benar-benar-benar yakin akan janji dan ayat-ayatNya?
Bukankah ALlah akan uji kamu, sampailah kamu benar-benar -benar-benar laksanakan apa yang kamu katakan?
Masih ingatkah kita akan kalam yang dinukilkan Syed Qutb dalam kitab muqaddimah Zilalnya:
Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri:
Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana dia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.Keyakinankepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan:
ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
268. “Syaitan menakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu melakukan ke jahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah)
Begitulah sayangku, dan aku amat memahami getaran dan kerisauan yang bertujah di lubuk jantungmu.
Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah.
Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawap pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti.
Kerana :
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak   bersedih hati. (62) ] orang-orang yang beriman dan mereka bertakwa.  (Yunus: 62-63)
Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.
Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
CUMA:
Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.
Untuk mendapat pahala jihad.
Bukan untuk mendapatkan keputusan.
Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.
Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.
Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah.
Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu.
Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu.
Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah.
Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita.
Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu.
Yakinlah perkara itu, walaupun dirimu sangat hiba dan tertekan saat itu berlaku, kerana Allah takkan meninggalkan hambaNya sendirian,
.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia ba ik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah)
Namun, mungkin ada yang mahu berkata padaku:
‘ Senanglah awak tu dah doktor, dah pass! Aku ni yang sedang merana ni nak exam. Kau apa tahuuuuu??????
Aku pernah gagal dalam peperiksaan.
Banyak kali.
Banyak kali.
Sehingga mengulang tahun.
Sehingga ujian teramat besar dalam dakwah menimpa aku. Tentangan demi tentangan. Hanya kerana saya gagal dalam peperiksaan saya.
Sehingga aku berpuasa dan berehat dari dakwah, kerana aku merasai bahawa usaha dan masa perlu lebih digunakan untuk study.
Namun jiwa aku mati, hati aku kosong, dan aku sesat dalam kerabaan. Mencari makna kepada kekosongan hidup.
Di tika itu, hati aku amat goyah dan tak yakin dapat menjadi seorang doktor pun satu hari nanti.
Sehinggalah Allah menunjukkan padaku; subjek yang aku pulun untuk belajar dan confident untuk lepas, akhirnya bertemu kegagalan juga.
Dan subjek yang aku risau sangat dan banyak bergantung pada Allah, Allah mudahkan untuk lulus.
Dan aku benar-benar tak faham dan tak nampak, kenapa kegagalan itu perlu ada dalam kamus hidup aku. Kenapa Allah takdirkan saya aku sehingga, mengulang tahun? Kemudian menanggung malu dengan keluarga dan rakan-rakan lain.
Dan terlalu ramai ketika itu mahu aku berhenti dalam dakwah. Berhenti dan sejuk sebentar (cool down) dalam dakwah? Termasuk rakan seperjuanganku?
Apatah lagi rasa hina dan teramat rendah diri di saat adik-adik tahu aku tahu aku mengulang tahun.
Tentu mana muka mahu disorokkan ketika bertemu teman-teman sekelas lama yang berjaya naik tahun seterusnya, dan aku masih di bangku yang sama.
Namun, benarlah kata-kata Allah:
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Syed Qutb mengatakan:
Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah 
suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak
kepada pandangan manusia yang singkat.
Kita takkan nampak hikmah itu di tika ini.Takkan nampaknya sekarang.
Mungkin setahun dua selepas itu.
Pada aku, aku melihat hikmahnya 5 tahun selepas peristiwa itu berlaku.
Dan benarlah, Allah taala sebut, inilah yang terbaik buat kita, walaupun di satu saat dahulu, kita amat benci akan keadaan itu.
Yakinlah, apa yang Allah dah takdirkan, itulah yang terbaik. Apa keadaan sekalipun.,Yakinlah.
Apa yang Allah taala minta kita buat sekarang, adalah terus menerus berusaha. Usaha kerana Dia suruh usaha. Dan doa minta Allah bantu kita dalam ijazah untuk menjayakan dakwah kita.
Dengan itu, sebaik sahaja kamu selesai jihad dalam medan pena, kamu akan terus sahaja berlari di dalam medan jihad sebenarnya; itulah dia dakwah.
Moga antum semua diberikan kekuatan untuk menghadapi imtihan yang tidak mudah dan teramat sukar ini.
Allah ada, trust me.
And I believe insyaallah, kamu akan pasti bertemu kejayaan di medan ini. =)

Tuesday, July 19, 2011

Sanah helwah Syafiq Ismail!

Assalamualaikum.

Entry kali ini agak simple and special made for one of my best friend during our school time dulu2. Alhamdulillah syukur kd Allah yang Maha esa kerna akhirnye diberi peluang untuk bersama rakan2 seperjuangan masa kat Sek Men Sains Teluk Intan( SEMESTI) dulu2. Setelah bertahun-tahun selalu menghilangkan diri pabila diajak bertemu,bukan saja2 memang busy(tapi skrg lagi busy..hehe), berjaya jugak saya,Adib bakeri(abe), dan Khalid meraikan hari jadi syafiq ismail(rockers) yg ke 21. Semoga pertambahan usia anda sejajar jugak dgn amalan2 baik yg bakal membawa kita ke alam syurga yang indah dan kekal abadi. Doa saya hanya untuk melihat anda berjaya di dunia dan akhirat dan tidak melupakan dua tugas utama kite sebagai seorang hamba Allah.






Shafiq ismail(rockers)  berbaju hitam
University of Lancaster,UK

Khalid
Universiti Malaysia Sarawak(UMS)

Adib Bakeri(Abe)
Universiti Michigan,USA
Kebetulan nasir(baju kuning) pon ada kat sini jugak.Hehe



Ni a little pieces of our moment sambut bufday rokes. Yang paling best sekali Khalid sendiri yang buat kek ni.Terbaik. Walaupon aq memang tak suka makan kek,tapi kek ni memang sedap.


"Anyway,sorry my friend sebab tak boleh nak join korang g jalan2 kat bukit broga. Aku memang betul2 tak boleh pergi. Hehe..."

Sekian.
Assalamualaikum.

Thursday, July 14, 2011

Hikayat sang penggunting rambut

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni kene marah dengan parents sebab rambut dah panjang sangat dgn alasan lagi dlm 2 hari lagi nak pergi sekolah lama sbb ada pgram dgn rakan satu batch and junior2 kat sana. Nak tak nak terpaksa la pergi gak gunting rambut. Pergi je la.. Bukan mahal sangat pon. Lima ringgit je pon....


Kalau nak dibandingkan dengan harga kat france memang jauh lgi murah. Bayangkan kat France, kos gunting rambut leh mencecah 20 euro( harga diskaun utk student) Kalau di convert ke matawang Malaysia:
                   1 euro= RM 4
                   20 euro= RM 80
Maybe sebab ni la kot budak2 oversea sume rambut panjang. Mana taknye, cara orang gunting rambut kat sana tak sama macam kat sini. Diorg sume gunting ala-ala penggunting professional. Tapi memang tak dinafikan cara diorg memang professional. Bukan setakat gunting je, mule2 kene basuh rambut,shampoo,then urut2 sikit kepala( yg ni dislike) then baru la potong.. (=_=) . Satu lagi before nak potong kene deal dgn diorg dulu untuk pilih waktu @ temujanji (dlm french kami gune istilah rendez-vous) bukan boleh potong terus camtu je. Memang mengada-ngada betul diorg ni,tujuan nak gunting rambut je pon tapi sampai kene buat rendez-vous. Haha.


Well,sebenarnye bukan ni yg saya nak share dengan saudara saudari semua. Hehe. Tadi masa tgh tunggu giliran nak gunting rambut sambil layan lagu UNIC,tibe2 teringat kat satu cerita antara seorg penggunting rambut dengan seorang pemuda yg sedang digunting rambutnya. Si penggunting rambut ni tidak mempercayai kewujudan Tuhan(atheis) dan yg pemuda ni pulak beragama Islam.. Diorg ni pon borak2 la sampi satu part.






P-Pemuda
S-Tukang gunting rambut


P: Kenapa awak tak percaya dengan kewujudan Tuhan?
S: Ye la,cube awak tengok dalam dunia ni. Kalau ada Tuhan kenapa ramai orang hidup susah? Kenapa                              
     banyak orang miskin dan tertindas? Kalau ada Tuhan,mesti la Tuhan tu tolong diorang.
P: Cube awak tengok kat luar kedai awak tu. nampak tak orang yang rambut panjang tu?
S: Nampak.
P: Eh,camner lak rambut die boleh panjang? kan ada banyak penggunting rambut dalam dunia ni yang macam     
     awak??
S: Sebab die x cari saya suruh potong rambut dia...
P: Maknenye kalau die nak potong rambut,die la yang kene cari awak ek?
S: Ye la.
P: Ha.. camtu la jugak dengan manusia ni. Tuhan tu ada je. Tapi manusia2 ni je yang tak nak cari..  =)








Get the point?
Insyaallah fikir-fikirkan lah...

Wednesday, July 13, 2011

Niat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah dgn rahmatNYA yang cukup besar dan tak terhitung, masih lagi saya berdiri dengan teguh di atas muka Bumi yang indah ni. Setelah lama berfikir dan membuat penilaian,akhirnya saya teruskan juga azam untuk menyambung blog yang sudah lama terkulai layu ibarat manusia yang tidak pernah mendapat tarbiyah. Saya  betul2 pernah berada di dua persimpangan yang mana sama ada blog ini perlu didelete atau disambung seperti biasa. Setelah berfikir panjang dan mendapat sokongan dari bberapa orang rakan,bertambah balik la semangat untk meneruskan penulisan di blog ini.

Ya Allah... ni sbb kenapa saya x nak sambug balik tulis blog ni. Kalau tengok balik perenggan atas ni memang rasa macam nak delete balik. Knpa la ayat skema sangat, Ok FINE. Takpe,go to the next agenda.

Ok2. Untuk yg first time datang sini mybe x berapa faham situasi sebenar. Actually dulu saya pernah buat blog iaitu dalam 2 minggu sebelum belepas ke Perancis. Namun,apakan daya ia x mampu bertahan lama. Blog yg terbina di atas dasar untuk mengisi masa lapang sebelum fly ini sudah tentulah tidak tahan lama apabila hadaf(tujuan) telah tercapai setibanya di France. Tu pun di atas alasan bosan untuk beberapa bulan pertama di sana, saya meneruskan blog ini dgn menambah beberapa entry. Namun,apakan daya, kesibukan mencemburui keinginan lalu matilah blog ini untuk suatu ketika.......


Agak2 boleh nampak tak apa maksud tersirat yg saya nak btaw sebenarnya??

NIAT

Memang tak boleh dinafikan lagi Niat merupakan asas terpenting dalam sesuatu perkara. Setiap perlakuan kite dimulai dengan niat. Semua ibadah kita seperti solat,puasa,zakat,haji,kahwin dan lain2 dimulai dengan niat. Hatta untuk berjima' sekali pun perlu ada niat. Niat ni tak terbatas pada bacaan doa2 yang selalu kita baca tu,niat yg timbul dari hati ni pon dikira niat la jugak kan. Contoh, hari ni saya rase bosan,so saya pun rase nak g keluar jalan2. So mane satu yang datang dulu? Saya nak jalan2? atau Niat dulu? Anda pasti sudah ada jawapannnya bukan. So,kalau saya niat nak jalan2, adakah biler saya keluar rumah nanti saya jalan2 atau saya pergi buat jalan?? Mesti la saya pergi jalan2... xkan saya nak pergi buat jalan lak kan sebab memang awal2 lagi saya dah berniat untuk berjalan-jalan. Hum,sebab tu la kot blog ni tak dapat bertahan lama. mane taknye, si tuan blog pon dah niat awal2 nak buat blog sebab nak isi masa lapang before fly je tpi bukan untuk dijadikan bacaan yang berguna untuk orang lain.


Apa yg saya nak sampaikan kat sini sebenarnya niat ni merupakn teras amalan kita. Kalau baik niat kita tu insyaallah baik la amalan kita. Kalau tak baik niat kita,x baik juga la amalan kita. Kalau kita perasan,setiap kali kita nak solat kita mesti kene niat dulu kan and niat tu sekali dah termasuk dalam rukun solat. Kat sini kita dpt lihat betapa pentingnya niat sebelum melakukan sesuatu perkara.

Jom kita menghayati satu hadis dari Rasulullah s.a.w

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu."

Pengajaran dari hadis ini:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

(sumber : Hadis 40,Imam An-Nawawi)

Start dari sekarang, untuk semua perkara yg kita nak buat kita niat untuk Allah supaya apa yg kita buat ni mendapat berkat dan keredaan dari Nya. Rugi lah kalau kita berpenat lelah untuk buat satu perkara yang baik tapi niat kita hanya untuk menunjuk-nunjuk kat orang lain. Habis berterbangan amalan2 kita menjadi debu yang tak membawa apa2 faedah kat kita. So,berhati-hati lah selalu dalam menetapkan niat sebelum berbuat sesuatu.




Kalau ada sesiapa yg nak memberi pandangan,mengkritik atau menambah isi, sila beritahu saya. Saya bersedia untuk dikritik kalau saya ada melakukan kesilapan. =)