Tuesday, August 23, 2011

Laksama Cheng Ho (Part 2)

Bismillah,
Assalamualaikum.

Sebelum bersambung ke bahagian kedua,buat sesiapa yg x baca lagi part 1 leh baca dulu kat sini supaya lebih faham.




Setelah hampir ditewaskan oleh tentera2 mongol dan diselamatkan oleh puluhan pasukan bantuan dari istana,timbul seribu satu persoalan di benak Zhu Di. Masakan tidak,beliau meminta 1000 orang pengawal bantuan dihantar dari istana,namun yg datang hanya seramai puluhan sahaja. Zhu Di mula merasakan sesuatu yang kurang enak. Setelah memaksa pengawal2 istana memberitahu perkara sebenar, terbongkarlah satu konspirasi dalaman di istana untuk menjatuhkan beliau. Disebabkan itulah beliau dan Ma Ho ditugaskan untuk menjaga kawasan perbatasan utara berbulan-bulan lamanya dengan tujuan untuk menjaga keamanan wilayah. Namun,niat sebenar dalang di sebalik konspirasi ini hanyalah untuk memisahkan Zhu Di dari hal ehwal pengurusan istana di samping mendedahkan Zhu Di dengan bahaya kematian pabila bertugas di perbatasan supaya peluang untuk menguasai takhta tertinggi Dinasti Ming ketika itu,iaitu Takhta Naga tercapai.





Lalu,Ma Ho mengajak Zhu Di berbincang untuk mengatur strategi supaya dapat memusnahkan konspirasi dalaman istana yg sedang berlaku. Untuk mengalahkan pihak istana,mereka perlu mempunyai kekuatan yg sama seperti tentera Maharaja. Selain itu,mereka juga meyebarkan propaganda untuk meraih sokongan rakyat untuk membantu perjuangan mereka. Tambahan lagi,rakyat pada ketika itu sudah mula hilang kepercayaan terhadap kuasa pemerintah yang diterajui oleh Maharaja Jianwen. Ma Ho juga melantik beberapa org dalaman istana yg terdiri drpd gundik2 dan dayang2 untuk membekalkan maklumat2 istana.






Setelah beberapa tahun melakukan persediaan yang mencukupi,ditambah lagi dengan kekejaman pihak pemerintah yg mula menangkap dan membunuh orang2 yang menentang mereka serta rasuah yg berleluasa, pasukan pimpinan Ma Ho dan Zhu Di mara ke istana Maharaja Jianwen yg terletak di Nanjing,iaitu pusat pemerintahan ketika itu. Pasukan ini turut disertai oleh rakyat2 yang terdiri daripada petani dan peladang. Maka tercetuslah perang saudara antara puak kerajaan yang zalim menentang rakyat yg mahukan keadilan.
Ditakdirkan pasukan pimpinan Ma Ho dan Zhu Di memenangi peperangan ini. Istana Nianjing hancur dan hangus terbakar hampir keseluruhannya. Walaubagaimanapun,Maharaja Jianwen sempat melarikan diri melalui terowong rahsia dan gagal dikesani. Tumbang akhirnya pemerintahan Jianwen yang sangat menyeksa rakyat.





Seterusnya pemerintahan Dinasti Ming ini bersambung dan ditukarkan pusat pemerintahannya ke Beijing. Akhirnya tercapai hasrat Zhu Di menguasai Takhta Naga. Selepas itu,beliau lebih dikenali sebagai Maharaja Yongle. Namun, Yongle sudah tidak sehaluan lagi dengan Ma Ho setelah beliau menjadi Maharaja disebabkan beberapa perselisihan pendapat. Antaranya, Ma Ho tak bersetuju dengan Maharaja Yongle yang mahu membunuh kesemua pegawai kerajaan yg menyokong Maharaja Jianwen  kerana khuatir dendam penyokong Jianwen yang terdahulu akan memberontak untuk menjatuhkan beliau. Selain itu,permaisuri maharaja tidak senang dengan nama yg digunakan Ma Ho. Menurutnya, nama "Ma" itu sama dengan nama keluarga permaisuri itu yg turut mengguna nama "Ma".

"Dan akhirnya Ma Ho mengalah dan menukar namanya menjadi CHENG HO. "


                   


Maharaja Yongle masih tak dapat memerima kenyataan bhawa Cheng Ho yg pernah mnjadi sahabat karibnya dahulu kini sudah tidak sehaluan dengannya. Kalau diikutkan hatinya,mahu sahaja dia bunuh CHeng Ho tetapi die sedar hakikat yg Cheng Ho pernah menyelamatkan nyawa beliau ketika bertugas di perbatasan menentang perompak2 dahulu. Die terhutang budi. Pada masa yang sama,die tidak mahu terus melihat Cheng Ho bertugas di dalam istana. Di atas saranan penasihat beliau iaitu Sahabat Kanan, beliau dinasihatkan untuk menghantar Cheng Ho ke luar negara. Maharaja Yongle itu seronok dengan idea Sahabat Kanan lalu beliau mencadangkan untuk melantik Cheng Ho menjadi laksamana armada laut untuk belayar ke luar negara dan menjalankan misi diplomatik ke negara lain. Idea ini memberi kebaikan kepada Maharaja Yongle yang tak mahukan lagi Cheng Ho bekerja di bahagian istana dan ianya juga sebagai tanda penghargaan Yongle untuk membalas segala jasa Cheng Ho yg pernah dicurahkan kepada beliau.










Di episod yang akan datang,kita akan melihat secara detail kepimpinan Cheng Ho dalam melaksanakan tanggungjawab beliau menjadi laksama armada laut China yang akan membawa nama China ke serata dunia.

Monday, August 22, 2011

Laksamana Cheng Ho (part 1)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sedang saya membusykan diri dengan membaca sebuah novel karya Imran Yusuff bertajuk "Laksamana Cheng Ho,pemimpin armada lautan barat" terhenti seketika di halaman ke 40. Bukan kerana mengantuk atau bosan,tetapi kerana terpegun kerna memikirkan kehidupan masa kecil si Cheng Ho ini,lantas saya membujurkan membulatkan tekad untuk berkongsi dgn anda semua sebuah kisah yg sarat dg pengajaran2 bergune untuk kita semua. Lagi2 beliau merupakan seorang tokoh dan phlawan Muslim berbangsa Cina yang jarang kita dengar berbanding dengan tokoh2 Islam lain yang kebanyakannya berbangsa Arab dan Melayu.




Ayuh kita susuri kisah beliau. Jom kita mengembara ke 600 tahun yang lalu. Ready! Go!



Ma Ho (atau name glemer Cheng Ho) dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan iaitu Kampung Hedai yg terletak di daerah Kunming di wilayah Yunnan,China. Kunming merupakan salah sebuah daerah membangun yang menjadi salah satu bandar penempatan penduduk yang menyokong tentera Mongol. Majoriti penduduk di sini merupakan petani kerana iklim sederhana tropikanya dan tanah yang subur untuk dijadikan ladang bagi membekalkan makanan bagi penduduk di utara.





Di sinilah Ma Ho dibesarkan oleh kedua ibu bapa beliau,Haji Ma dan Puan Cheng. Beliau dibesarkan dalam bi'ah Islamiyyah yang kuat. Bapa dan datuk nya pernah menunaikan haji. Ma Ho selalu chatting berbual dengan ayahnya tentang pengalaman menunaikan haji sehinggakan beliau bertekad untuk mengikuti jejak langkah ayahnya satu hari nanti. Mereka sekeluarga hidup aman damai sehinggalah pada suatu hari....


                                                      Karikatur Zhu Yuanzhang

Pada masa itu, Zhu Yuanzhang (Maharaja Hongwu) yang merupakan seorang ketua pemerintah Dinasti Ming yang berhasrat untuk menghapuskan kekuasaan wilayah Yunnan kerna pada ketika itu, Yunnan merupakan satu-satunya wilayah yang masih lagi belum dikuasai oleh maharaja tersebut. Tambahan lagi,Yunnan masih lagi menyokong dinasti Yuan yang di bawah pengaruh mongol. Zhu Yuanzhang sangat berharap untuk membebaskan semua wilayah di China dari pengaruh Mongol supaya dapat menguasai keseluruhan China.


Ditakdirkan peperangan pun berlaku antara tentera Maharaja Hongwu dan tentera Yunnan. Tentera Hongwu dipimpin oleh Jeneral Ma Hua dan Jeneral Fu Youde bersama-sama 300 000 bala tentera sedangkan tentera Yunnan hanya seramai 100 000 orang yang dipimpin Putera Lian. Akhirnya kemenangan berpihak pada pasukan Maharaja Hongwu walau pada awalnye tentera Yunnan memberi tentangan yg sengit dan hampir menang. Maka tumbang lah  benteng kebal Yunnan.




Dengan mudah,tentera pimpinan Ma Hua dan Fu Youde ini bergerak menuju ke perkampungan2 kecil dalam wilayah Yunnan termasuk Kampung Hedai di mana ayah Ma Ho dan semua pemimpin2 besar kampung tersebut telah ditawan. Mereka semua telah dipancung kepala masing2. Lebih teruk lagi,ayah kesayangan Ma Ho, Haji Ma telah dipancung kepalanya di hadapan Ma Ho sendiri. Bayangkan bgaimana perasaan kita kalau bapa2 kite kene camtu??? =(   Walaubagaimanapun,Ma Ho seorang yang kental. beliau tidak menitiskan setitik air mata pun. Berbekalkan iman dan akidah yang mantap,beliau tenang menghadapi kematian ayahnya kerna beliau yakin ayahnya tidak mati sia-sia.


Selepas itu,kesemua kanak2 dan golongan remaja yang ditawan itu dibawa ke tempat lain dan mereka semua dimasukkan ke dalam sebuah khemah besar. Di sana, kesemua mereka telah dipotong "***" nye supaya mereka tidak dapat lagi menyambung zuriat mereka di masa akan datang. Sakitnye bukan kepalang!! Darah merah membasahi lantai tanah. Tangisan dan raungan kesakitan bergema di serata khemah. Namun, Ma Ho menghadapinya dengan tenang. Terkumat-kamit lidahnya menyebut beberapa kalimah suci. Ma Ho sendiri yang cuba memujuk remaja2 itu dgn menggunakan kelebihan beliau yang pandai bercakap supaya mereka lebih bersabar dan beliau turut mengajak mereka berdoa bersama-sama kepada Allah.


                                             Istana Zhu Yuanzhang(Maharaja Hongwu)


Pada suatu hari,Maharaja Hongwu meminta kepada ketua pengawal agar dicari seorang remaja untuk menjadi pembantu kepada puteranya iaitu Putera Zhu Di. Calon pembantu itu haruslah sebaya dengan puteranya dan sesuai dgn kepintaran Zhu Di. Akhirnya Ma Ho telah dipilih untuk menjadi pembantu Zhu Di di atas sebab kerna Ma Ho seorang yang pintar,gagah perkasa, bijak bertutur kata,berbahasa sopan dan jujur. Di samping itu,Putera Zhu Di merupakan seorang yang terkenal dengan sikap yang bengis dan suka memberontak. Namun, jiwanya kelihatan serasi apabila digandingkan dengan sahabat barunya,Ma Ho. Malah,Zhu Di membenarkan Ma Ho memanggilnya dengan gelaran saudara dan Ma Ho bebas untuk mengamalkan ajaran Islam yang dianutinya. Mereka telah menjadi sepasang sahabat yang akrab walaupun berbeza darjat dan agama.


Maharaja Hongwu mahukan keturunannya membesar sebagai pahlawan yang gagah dan berani. Jadi,beliau telah mengarahkan Putera Zhu Di keluar meronda di luar istana sambil menyelesaikan permasalahan perompak dan penyamun yang sering menyerang dan mengganggu para pedagang. Ianya sebagai langkah untuk melatih Zhu Di bersedia menghadapi realiti kehidupan pabila sudah dewasa nanti.Sebagai pembantu setia,Ma Ho juga turut bersama-sama beliau di samping beberapa pengiring yang lain.


Ujian pertama mereka tiba. Kelihatan sekumpulan perompak sedang menahan sebuah rombongan dagang. Jumlah perompak tersebut yang lebih ramai(berpulu-puluh)dan bersenjatakan pedang dan tombak itu tidak menakutkan Zhu Di dan Ma Ho yang masih muda itu. Sementara itu,Zhu Di memerintahkan salah seorang pengawal untuk kembali ke istana membawa pasukan tambahan. Kemudian,beliau memerintahkan Ma Ho dan 9 pengawal pengiring yang lain bersedia untuk menyerang bersama busur panah dan pedang mereka di atas kuda2 mereka. Kehadiran mereka disedari oleh perompak2 itu lantas tercetusnya pertarungan kecil di antara dua pihak.


Akhirnya,hanya tinggal Zhu Di,Ma Ho dan seorang pengawal yg masih belum dibunuh oleh perompak2 itu.
Mereka bertiga telah dikepung. Pada bila2 masa sahaja mereka boleh tumpas. Lalu,beberapa panah disasarkan ke arah Zhu Di namun Ma Ho mengorbankan jasadnya  sebagai perisai untuk mempertahankan putera raja itu. Anak panah tertacap di tangan dan bahu beliau. Dalam keadaan yang genting itu,kedengaran pekikan beratus orang pengawal bantuan dari istana yang sedang menuju ke arah mereka. Perompak2 itu lari ketakutan.


Episod pertempuran mereka tidak terhenti di situ. Semasa mereka ditugaskan menjaga perbatasan utara dari anasir2 jahat yang mahu menembusi ke wilayah Ming, mereka juga telah berdepan dgn ujian getir menentang orang Mongol yang mempunyai sejarah kepahlawanan yang dahsyat. Mereka hampir sahaja dikalahkan jika tidak kerana bantuan tentera tambahan yang dihantar dari istana. Walaupun mereka terselamat kali ini dari serangan orang Mongol itu, seribu persoalan timbul di benak fikiran Zhu Di.


Apakah yang dirunsingkan oleh Zhu Di?



Semasa menentang orang Mongol itu,beliau telah mengarahkan seribu askar tambahan dihantar,namun hanya berpuluh sahaja yang datang. 

Mengapakah hal ini boleh berlaku?






Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila sambung pembacaan di bahagian kedua yang akan di publish dlm beberapa waktu lagi. Di edisi akan datang kita akan merungkai bagaimana terciptanya nama Cheng Ho di sebalik nama asal beliau, Ma Ho dan juga melihat kepimpinan Cheng Ho dalam menguruskan pelayaran sulungnya secara besar-besaran ke Barat.





Wednesday, August 17, 2011

Sharing: Study



Assalamualaikum.

Terdetik untuk share satu artikel menarik yg di copy paste  diambil dan diedit sedikit dari sebuah website.
Moga artikel ni dapat meningkatkan lagi prestasi kita lantas
Tsabat di jalan yang satu.


Aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini.
Teramat sukar.
Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu.

Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjaradengan apa yang kau sedang perjuangkan kini.
Dan  kau berasa gelisah dan resah,
dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri…..
‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’
Lantas di kala kau memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan tawakal dan rahmat Allah, beserta secebis usahamu itu, hatimu mula bergetar, dan dahimu mula beraliran peluh yang lebat.

Di saat satu soalan demi satu soalan dihadapkan.
Setiap kali itu kertas soalan cepat sahaja di selak..
ada tak soalan mudah – ada tak soalan mudah?

arrhhhhhhh!! nape apa yang study semua tak keluar ini?????

Dan hati kecilmu mula menangis.
deras sekali
Dan jiwamu mula bergetar..
bergoncang sekali.
Ya Allah! Mampukah aku lulus dalam exam ini?

Mampukah aku untuk grad tahun?

Mampukah ya Allah??

Dan hatimu mula berombak, namun kau gagahkan dirimu untuk menjawap dan terus menjawap.
Namun dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, meraih sebuah kejayaan.
Lantas kau merasai dunia ini kelam buat dirimu.
Lantas kau merasai harapan sudah semakin suram
Dan akhirnya air mata menjadi peneman. Deras menderu. Membasuh kekecewaan hatimu.
Doa-doa syahdu yang dihadapkan pada Allah penuh penyesalan.
Namun, kau tak dapat menipu dirimu sendiri, dan terus bertanya dan bertanya:
‘ Mengapa jadi begini padaku?’
‘ Ya Allah, mampukah aku lulus ini?’
Dan gambaran kegagalan sangat menakutkan dirimu.
Teramat takut.
Dan kau tak mampu membayangkan majlis graduasi tanpa adanya kamu di atas pentas itu. .
Dan kau teramat takut ditimpa bala yang teramat berat. Malu yang bertimpa-timpa. Rasa hina lagi rendah.
Dan teramat takut akan sebuah hakikat ini:
KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN
Dan hatimu mula rapuh akan janji Allah padamu.
Kamu sudah mula ragu-ragu akan takdir dan ketetapan Allah buat kamu.
Dan kamu berkira-kira selama ini, usaha kamulah yang memberikan kejayaan buat kamu.
Dan kerana itu, kamu berasa cuak dan teramat takut kegagalan itu akan menghantui diri kamu.
Sehingga kamu sendiri menyalahi apa yang dahulu kamu sorakkan pada semua adik-adikmu:
USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)
Dan sungguh, satu masa dahulu, kita benar-benar yakin akan ayat Allah ini.
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Inilah dia kata-kata kalamullah. Dan sungguh ini adalah kata-kata yang amat benar.

Exam, benar-benar menjadikan kita demam :(
Namun, di saat ujian ini menimpa diri kita, kita mula goyah dan lari dari kenyataan ini, dan kembali kepada keadaan asal ,seolah-olah kamu tak pernah mendengar ayat ini.
Bukankah Allah akan uji kamu, sampai kamu benar-benar-benar-benar yakin akan janji dan ayat-ayatNya?
Bukankah ALlah akan uji kamu, sampailah kamu benar-benar -benar-benar laksanakan apa yang kamu katakan?
Masih ingatkah kita akan kalam yang dinukilkan Syed Qutb dalam kitab muqaddimah Zilalnya:
Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri:
Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana dia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.Keyakinankepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan:
ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
268. “Syaitan menakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu melakukan ke jahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah)
Begitulah sayangku, dan aku amat memahami getaran dan kerisauan yang bertujah di lubuk jantungmu.
Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah.
Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawap pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti.
Kerana :
أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak   bersedih hati. (62) ] orang-orang yang beriman dan mereka bertakwa.  (Yunus: 62-63)
Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.
Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
CUMA:
Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.
Untuk mendapat pahala jihad.
Bukan untuk mendapatkan keputusan.
Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.
Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.
Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah.
Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu.
Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu.
Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah.
Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita.
Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu.
Yakinlah perkara itu, walaupun dirimu sangat hiba dan tertekan saat itu berlaku, kerana Allah takkan meninggalkan hambaNya sendirian,
.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia ba ik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah)
Namun, mungkin ada yang mahu berkata padaku:
‘ Senanglah awak tu dah doktor, dah pass! Aku ni yang sedang merana ni nak exam. Kau apa tahuuuuu??????
Aku pernah gagal dalam peperiksaan.
Banyak kali.
Banyak kali.
Sehingga mengulang tahun.
Sehingga ujian teramat besar dalam dakwah menimpa aku. Tentangan demi tentangan. Hanya kerana saya gagal dalam peperiksaan saya.
Sehingga aku berpuasa dan berehat dari dakwah, kerana aku merasai bahawa usaha dan masa perlu lebih digunakan untuk study.
Namun jiwa aku mati, hati aku kosong, dan aku sesat dalam kerabaan. Mencari makna kepada kekosongan hidup.
Di tika itu, hati aku amat goyah dan tak yakin dapat menjadi seorang doktor pun satu hari nanti.
Sehinggalah Allah menunjukkan padaku; subjek yang aku pulun untuk belajar dan confident untuk lepas, akhirnya bertemu kegagalan juga.
Dan subjek yang aku risau sangat dan banyak bergantung pada Allah, Allah mudahkan untuk lulus.
Dan aku benar-benar tak faham dan tak nampak, kenapa kegagalan itu perlu ada dalam kamus hidup aku. Kenapa Allah takdirkan saya aku sehingga, mengulang tahun? Kemudian menanggung malu dengan keluarga dan rakan-rakan lain.
Dan terlalu ramai ketika itu mahu aku berhenti dalam dakwah. Berhenti dan sejuk sebentar (cool down) dalam dakwah? Termasuk rakan seperjuanganku?
Apatah lagi rasa hina dan teramat rendah diri di saat adik-adik tahu aku tahu aku mengulang tahun.
Tentu mana muka mahu disorokkan ketika bertemu teman-teman sekelas lama yang berjaya naik tahun seterusnya, dan aku masih di bangku yang sama.
Namun, benarlah kata-kata Allah:
فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا
19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Syed Qutb mengatakan:
Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah 
suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak
kepada pandangan manusia yang singkat.
Kita takkan nampak hikmah itu di tika ini.Takkan nampaknya sekarang.
Mungkin setahun dua selepas itu.
Pada aku, aku melihat hikmahnya 5 tahun selepas peristiwa itu berlaku.
Dan benarlah, Allah taala sebut, inilah yang terbaik buat kita, walaupun di satu saat dahulu, kita amat benci akan keadaan itu.
Yakinlah, apa yang Allah dah takdirkan, itulah yang terbaik. Apa keadaan sekalipun.,Yakinlah.
Apa yang Allah taala minta kita buat sekarang, adalah terus menerus berusaha. Usaha kerana Dia suruh usaha. Dan doa minta Allah bantu kita dalam ijazah untuk menjayakan dakwah kita.
Dengan itu, sebaik sahaja kamu selesai jihad dalam medan pena, kamu akan terus sahaja berlari di dalam medan jihad sebenarnya; itulah dia dakwah.
Moga antum semua diberikan kekuatan untuk menghadapi imtihan yang tidak mudah dan teramat sukar ini.
Allah ada, trust me.
And I believe insyaallah, kamu akan pasti bertemu kejayaan di medan ini. =)