Wednesday, July 13, 2011

Niat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah dgn rahmatNYA yang cukup besar dan tak terhitung, masih lagi saya berdiri dengan teguh di atas muka Bumi yang indah ni. Setelah lama berfikir dan membuat penilaian,akhirnya saya teruskan juga azam untuk menyambung blog yang sudah lama terkulai layu ibarat manusia yang tidak pernah mendapat tarbiyah. Saya  betul2 pernah berada di dua persimpangan yang mana sama ada blog ini perlu didelete atau disambung seperti biasa. Setelah berfikir panjang dan mendapat sokongan dari bberapa orang rakan,bertambah balik la semangat untk meneruskan penulisan di blog ini.

Ya Allah... ni sbb kenapa saya x nak sambug balik tulis blog ni. Kalau tengok balik perenggan atas ni memang rasa macam nak delete balik. Knpa la ayat skema sangat, Ok FINE. Takpe,go to the next agenda.

Ok2. Untuk yg first time datang sini mybe x berapa faham situasi sebenar. Actually dulu saya pernah buat blog iaitu dalam 2 minggu sebelum belepas ke Perancis. Namun,apakan daya ia x mampu bertahan lama. Blog yg terbina di atas dasar untuk mengisi masa lapang sebelum fly ini sudah tentulah tidak tahan lama apabila hadaf(tujuan) telah tercapai setibanya di France. Tu pun di atas alasan bosan untuk beberapa bulan pertama di sana, saya meneruskan blog ini dgn menambah beberapa entry. Namun,apakan daya, kesibukan mencemburui keinginan lalu matilah blog ini untuk suatu ketika.......


Agak2 boleh nampak tak apa maksud tersirat yg saya nak btaw sebenarnya??

NIAT

Memang tak boleh dinafikan lagi Niat merupakan asas terpenting dalam sesuatu perkara. Setiap perlakuan kite dimulai dengan niat. Semua ibadah kita seperti solat,puasa,zakat,haji,kahwin dan lain2 dimulai dengan niat. Hatta untuk berjima' sekali pun perlu ada niat. Niat ni tak terbatas pada bacaan doa2 yang selalu kita baca tu,niat yg timbul dari hati ni pon dikira niat la jugak kan. Contoh, hari ni saya rase bosan,so saya pun rase nak g keluar jalan2. So mane satu yang datang dulu? Saya nak jalan2? atau Niat dulu? Anda pasti sudah ada jawapannnya bukan. So,kalau saya niat nak jalan2, adakah biler saya keluar rumah nanti saya jalan2 atau saya pergi buat jalan?? Mesti la saya pergi jalan2... xkan saya nak pergi buat jalan lak kan sebab memang awal2 lagi saya dah berniat untuk berjalan-jalan. Hum,sebab tu la kot blog ni tak dapat bertahan lama. mane taknye, si tuan blog pon dah niat awal2 nak buat blog sebab nak isi masa lapang before fly je tpi bukan untuk dijadikan bacaan yang berguna untuk orang lain.


Apa yg saya nak sampaikan kat sini sebenarnya niat ni merupakn teras amalan kita. Kalau baik niat kita tu insyaallah baik la amalan kita. Kalau tak baik niat kita,x baik juga la amalan kita. Kalau kita perasan,setiap kali kita nak solat kita mesti kene niat dulu kan and niat tu sekali dah termasuk dalam rukun solat. Kat sini kita dpt lihat betapa pentingnya niat sebelum melakukan sesuatu perkara.

Jom kita menghayati satu hadis dari Rasulullah s.a.w

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu."

Pengajaran dari hadis ini:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

(sumber : Hadis 40,Imam An-Nawawi)

Start dari sekarang, untuk semua perkara yg kita nak buat kita niat untuk Allah supaya apa yg kita buat ni mendapat berkat dan keredaan dari Nya. Rugi lah kalau kita berpenat lelah untuk buat satu perkara yang baik tapi niat kita hanya untuk menunjuk-nunjuk kat orang lain. Habis berterbangan amalan2 kita menjadi debu yang tak membawa apa2 faedah kat kita. So,berhati-hati lah selalu dalam menetapkan niat sebelum berbuat sesuatu.




Kalau ada sesiapa yg nak memberi pandangan,mengkritik atau menambah isi, sila beritahu saya. Saya bersedia untuk dikritik kalau saya ada melakukan kesilapan. =)




5 comments:

  1. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. - Hadith 4

    Kalau kes mcm ni, mcm mana pulak abg blogger? dah beramal gila2, last2 masuk neraka jugak? hmm... ape kes dgn niat die beramal selama ni???

    ReplyDelete
  2. saudara megat ikhwan, insyaallah saya tolong terangkan soalan tu.


    daripada hadith tu, sebenarnya kita diingatkan yang iman kita sebagai manusia ni senang berubah. menunjukkan betapa rapuhnya iman kita, kalau kita tidak menjaga sebaiknya iman kita.

    sebab tula dari hadith tu, kita diingatkan, kalau kita beramal byk skli pun, tp tibe² kite tak jge iman dan buat bende yg boleh jatuhkan kita ke neraka, hali ni jadi sia² la.

    sekadar penerangan yang simple dari diri yang hina ini.

    ReplyDelete
  3. Bismillah...

    First sekali,syukran saudara megat yg menimbulkan satu persoalan yg x pernah terlintas kat fikiran ni. Syukran utk ali juga yg tlg bagi respon. =)

    Dalam hadith 4 ni jelas menunjukkan kat kita yang amalan di waktu terakhir ni la yang bakal menentukan nasib kita kat akhirat nanti.Mungkin seseorang tu sangat baik sepanjang hayat beliau tetapi di saat akhir kehidupannya,beliau melakukan perbuatan ahli neraka lantas mati dan mendapat balasan neraka.. Mungkin juga seseorang yg bergelumang sepanjang hayat dgn kehidupan ahli neraka tetapi di penghujung ayat beliau melakukan perbuatan ahli syurga lantas beliau mendapat balasan syurga.

    Saya xde jawapan yg konkrit untuk kes ni. Cube bayangkan kite semua main satu game yg gune kerusi dan muzik tu, yg mana dlm permainan ni semua org kene pastikan dapat duduk atas kerusi2 tu bila muzik habis dimainkan. For sure xde sapa pon yang tahu biler muzik tu akan dihentikan.. So,kalau nk make sure kita dapat dok atas kerusi bler lgu tu stop,kite kene la set mind betul2 n alert supaya x leka utk dapatkan position kite bler lagu tu stop kan... maybe sebab lagu tu lama sangat sampai ada yg dh x fokus n mula berfikir pasal benda lain. At last,biler lagu tu stop,die dah x sempat nk rebut kerusi sbb fokus die dah terlari sikit before muzik tu stop padahal dah lama die fokus sebelum tu.

    Bak kata saudara Se Toulouse hati kat atas ni manusia ni senang berubah. Iman manusia ni cepat je berbolak-balik seperti air panas yang sedang menggelegak. Sebab tu la niat kita tu bukan kene betulkan masa awal je.. tapi niat ni mesti kene setting betul2 setiap masa sebab kite semua x taw biler Malaikat Maut nak jemput kita kan sama mcm kite x taw biler muzik tu nak dihentikan,so selalu la kite check niat tu setiap masa di mana jua anda berada.

    Semoga kita x tergolong dalam golongan yg rugi macam disebutkan dalam hadith 4 ni.

    (betulkan saya kalau tersilap lagi)

    ReplyDelete
  4. great explaination! never thought about the music chair analogie. ^^

    ReplyDelete
  5. jzkk for kedua2 org di atas :-)
    cuba kaitkan hadith 1, hadith 2, hadith 3 dan hadith 4 = nah kamu bisa ketemui jawabannya! :-)

    ReplyDelete