Assalamualaikum.
Sedang saya membusykan diri dengan membaca sebuah novel karya Imran Yusuff bertajuk "Laksamana Cheng Ho,pemimpin armada lautan barat" terhenti seketika di halaman ke 40. Bukan kerana mengantuk atau bosan,tetapi kerana terpegun kerna memikirkan kehidupan masa kecil si Cheng Ho ini,lantas saya
Ayuh kita susuri kisah beliau. Jom kita mengembara ke 600 tahun yang lalu. Ready! Go!
Ma Ho (atau name glemer Cheng Ho) dibesarkan di sebuah kawasan perkampungan iaitu Kampung Hedai yg terletak di daerah Kunming di wilayah Yunnan,China. Kunming merupakan salah sebuah daerah membangun yang menjadi salah satu bandar penempatan penduduk yang menyokong tentera Mongol. Majoriti penduduk di sini merupakan petani kerana iklim sederhana tropikanya dan tanah yang subur untuk dijadikan ladang bagi membekalkan makanan bagi penduduk di utara.
Di sinilah Ma Ho dibesarkan oleh kedua ibu bapa beliau,Haji Ma dan Puan Cheng. Beliau dibesarkan dalam bi'ah Islamiyyah yang kuat. Bapa dan datuk nya pernah menunaikan haji. Ma Ho selalu
Karikatur Zhu Yuanzhang
Pada masa itu, Zhu Yuanzhang (Maharaja Hongwu) yang merupakan seorang ketua pemerintah Dinasti Ming yang berhasrat untuk menghapuskan kekuasaan wilayah Yunnan kerna pada ketika itu, Yunnan merupakan satu-satunya wilayah yang masih lagi belum dikuasai oleh maharaja tersebut. Tambahan lagi,Yunnan masih lagi menyokong dinasti Yuan yang di bawah pengaruh mongol. Zhu Yuanzhang sangat berharap untuk membebaskan semua wilayah di China dari pengaruh Mongol supaya dapat menguasai keseluruhan China.
Ditakdirkan peperangan pun berlaku antara tentera Maharaja Hongwu dan tentera Yunnan. Tentera Hongwu dipimpin oleh Jeneral Ma Hua dan Jeneral Fu Youde bersama-sama 300 000 bala tentera sedangkan tentera Yunnan hanya seramai 100 000 orang yang dipimpin Putera Lian. Akhirnya kemenangan berpihak pada pasukan Maharaja Hongwu walau pada awalnye tentera Yunnan memberi tentangan yg sengit dan hampir menang. Maka tumbang lah benteng kebal Yunnan.
Dengan mudah,tentera pimpinan Ma Hua dan Fu Youde ini bergerak menuju ke perkampungan2 kecil dalam wilayah Yunnan termasuk Kampung Hedai di mana ayah Ma Ho dan semua pemimpin2 besar kampung tersebut telah ditawan. Mereka semua telah dipancung kepala masing2. Lebih teruk lagi,ayah kesayangan Ma Ho, Haji Ma telah dipancung kepalanya di hadapan Ma Ho sendiri. Bayangkan bgaimana perasaan kita kalau bapa2 kite kene camtu??? =( Walaubagaimanapun,Ma Ho seorang yang kental. beliau tidak menitiskan setitik air mata pun. Berbekalkan iman dan akidah yang mantap,beliau tenang menghadapi kematian ayahnya kerna beliau yakin ayahnya tidak mati sia-sia.
Selepas itu,kesemua kanak2 dan golongan remaja yang ditawan itu dibawa ke tempat lain dan mereka semua dimasukkan ke dalam sebuah khemah besar. Di sana, kesemua mereka telah dipotong "***" nye supaya mereka tidak dapat lagi menyambung zuriat mereka di masa akan datang. Sakitnye bukan kepalang!! Darah merah membasahi lantai tanah. Tangisan dan raungan kesakitan bergema di serata khemah. Namun, Ma Ho menghadapinya dengan tenang. Terkumat-kamit lidahnya menyebut beberapa kalimah suci. Ma Ho sendiri yang cuba memujuk remaja2 itu dgn menggunakan kelebihan beliau yang pandai bercakap supaya mereka lebih bersabar dan beliau turut mengajak mereka berdoa bersama-sama kepada Allah.
Istana Zhu Yuanzhang(Maharaja Hongwu)
Pada suatu hari,Maharaja Hongwu meminta kepada ketua pengawal agar dicari seorang remaja untuk menjadi pembantu kepada puteranya iaitu Putera Zhu Di. Calon pembantu itu haruslah sebaya dengan puteranya dan sesuai dgn kepintaran Zhu Di. Akhirnya Ma Ho telah dipilih untuk menjadi pembantu Zhu Di di atas sebab kerna Ma Ho seorang yang pintar,gagah perkasa, bijak bertutur kata,berbahasa sopan dan jujur. Di samping itu,Putera Zhu Di merupakan seorang yang terkenal dengan sikap yang bengis dan suka memberontak. Namun, jiwanya kelihatan serasi apabila digandingkan dengan sahabat barunya,Ma Ho. Malah,Zhu Di membenarkan Ma Ho memanggilnya dengan gelaran saudara dan Ma Ho bebas untuk mengamalkan ajaran Islam yang dianutinya. Mereka telah menjadi sepasang sahabat yang akrab walaupun berbeza darjat dan agama.
Maharaja Hongwu mahukan keturunannya membesar sebagai pahlawan yang gagah dan berani. Jadi,beliau telah mengarahkan Putera Zhu Di keluar meronda di luar istana sambil menyelesaikan permasalahan perompak dan penyamun yang sering menyerang dan mengganggu para pedagang. Ianya sebagai langkah untuk melatih Zhu Di bersedia menghadapi realiti kehidupan pabila sudah dewasa nanti.Sebagai pembantu setia,Ma Ho juga turut bersama-sama beliau di samping beberapa pengiring yang lain.
Ujian pertama mereka tiba. Kelihatan sekumpulan perompak sedang menahan sebuah rombongan dagang. Jumlah perompak tersebut yang lebih ramai(berpulu-puluh)dan bersenjatakan pedang dan tombak itu tidak menakutkan Zhu Di dan Ma Ho yang masih muda itu. Sementara itu,Zhu Di memerintahkan salah seorang pengawal untuk kembali ke istana membawa pasukan tambahan. Kemudian,beliau memerintahkan Ma Ho dan 9 pengawal pengiring yang lain bersedia untuk menyerang bersama busur panah dan pedang mereka di atas kuda2 mereka. Kehadiran mereka disedari oleh perompak2 itu lantas tercetusnya pertarungan kecil di antara dua pihak.
Akhirnya,hanya tinggal Zhu Di,Ma Ho dan seorang pengawal yg masih belum dibunuh oleh perompak2 itu.
Mereka bertiga telah dikepung. Pada bila2 masa sahaja mereka boleh tumpas. Lalu,beberapa panah disasarkan ke arah Zhu Di namun Ma Ho mengorbankan jasadnya sebagai perisai untuk mempertahankan putera raja itu. Anak panah tertacap di tangan dan bahu beliau. Dalam keadaan yang genting itu,kedengaran pekikan beratus orang pengawal bantuan dari istana yang sedang menuju ke arah mereka. Perompak2 itu lari ketakutan.
Episod pertempuran mereka tidak terhenti di situ. Semasa mereka ditugaskan menjaga perbatasan utara dari anasir2 jahat yang mahu menembusi ke wilayah Ming, mereka juga telah berdepan dgn ujian getir menentang orang Mongol yang mempunyai sejarah kepahlawanan yang dahsyat. Mereka hampir sahaja dikalahkan jika tidak kerana bantuan tentera tambahan yang dihantar dari istana. Walaupun mereka terselamat kali ini dari serangan orang Mongol itu, seribu persoalan timbul di benak fikiran Zhu Di.
Apakah yang dirunsingkan oleh Zhu Di?
Semasa menentang orang Mongol itu,beliau telah mengarahkan seribu askar tambahan dihantar,namun hanya berpuluh sahaja yang datang.
Mengapakah hal ini boleh berlaku?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,sila sambung pembacaan di bahagian kedua yang akan di publish dlm beberapa waktu lagi. Di edisi akan datang kita akan merungkai bagaimana terciptanya nama Cheng Ho di sebalik nama asal beliau, Ma Ho dan juga melihat kepimpinan Cheng Ho dalam menguruskan pelayaran sulungnya secara besar-besaran ke Barat.
aisyeh, kasi suspens le plak. hehe..
ReplyDeletepergh, saspen nyer..... ptdr
ReplyDeleteBest2
ReplyDelete